arang

Selera D'Arang Mempaga terletak di simpang Taman Mempaga Utama, Karak, Pahang. Nama restoran diambil sempena hidangan utama yang dimasak menggunakan arang. Selera D'Arang Mempaga mula beroperasi pada Oktober 2018 dan diusahakan oleh Ustaz Muhammad Aidil Bin Mohammud.

page

Menu istimewa yang terdapat di restoran ini adalah Kambing Bakar, Ayam Bakar, Ikan Bakar. Pengunjung juga dapat menikmati air oren dan sirap secara percuma. Selain itu menu pais patin dan patin masak tempoyak turut dihidangkan pada hari Sabtu dan Ahad.

Restoran Selera D'Arang beroperasi pada setiap hari Sabtu hingga Khamis bermula jam 12.00 tengahari hingga 4.00 petang dan ditutup pada setiap hari Jumaat. Sebarang pertanyaan mengenai restoran dan tempahan boleh menghubungi Ustaz Aidil di talian 011-32306082.