Ewan Char Kuey Teow terletak di Tapak Perniagaan Felda Mempaga 3, Karak, Pahang. Restoran ini diusahakan oleh anak jati Felda Mempaga 3. Menu utama di restoran ini adalah char kuey teow. Selain itu terdapat juga pilihan menu seperti masakan panas yang menyelerakan. Restoran ini sering menjadi tumpuan penduduk setempat dan pengunjung dari luar kerana keenakan char kuey teow yang dihidangkan dan harga yang berpatutan.
Sebarang pertanyaan mengenai restoran dan tempahan boleh menghubungi pemilik restoran ini di talian 014-5327771 (Shahrul Redzuan) atau 013-2575524 (Khairul Azhar).