Ina's Patin terletak di tepi jalan utama menuju ke bandar Bentong. Lokasinya yang strategik menjadikan restoran ini tarikan pengunjung yang melalui bandar Bentong. Menu istimewa yang terdapat di restoran ini adalah Ikan Patin Masak Tempoyak, Pais Patin, Masak Lemak Daging Salai dan Kambing Bakar. Pengunjung juga dapat menikmati minuman secara percuma. Selain itu restoran ini turut menyediakan minuman Cendol Sawit yang jarang-jarang ditemui.
Ina's Patin beroperasi pada setiap hari Sabtu hingga Khamis bermula jam 11.00 pagi hingga 4.30 petang dan ditutup pada setiap hari Jumaat. Ina's Patin turut menerima tempahan untuk majlis keraian. Sebarang pertanyaan mengenai restoran dan tempahan boleh menghubungi talian 014-3099801.