Warisan Tokwan & Opah Ent terletak di Medan Selera Feldajaya Mempaga. Restoran ini menjadi tarikan pengunjung dari luar dan sekitar kawasan Felda Mempaga kerana lokasi yang strategik dan mudah diakses. Menu istimewa yang terdapat di restoran ini adalah Nasi Ayam, Mee Udang dan Soto. Selain itu restoran ini turut menyediakan menu-menu lain seperti Bihun Sup, Bubur Nasi, Nasi Lemak dan Laksa.

cats

Warisan Tokwan & Opah Ent beroperasi pada setiap hari kecuali hari Rabu bermula jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Warisan Tokwan & Opah Ent turut menerima tempahan untuk majlis keraian. Sebarang pertanyaan mengenai restoran dan tempahan boleh menghubungi Puan Hafiza ditalian 018-2739087.