Tanah Aina Fareena Cafe & Restaurant adalah cafe dan restoran terbaru di bawah rangkaian Tanah Aina Cafe yang dimiliki oleh Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil. Terletak di Lot 6073, KM 54.3 Lebuhraya Karak-Lentang, 28700, Bentong Pahang. Tempat makan menarik Ala-ala Taman di dalam hutan ini lokasinya tidak jauh dari bandar Kuala Lumpur. Mengekalkan tema alam semulajadi dengan keindahan dedaun hijau di sepanjang pintu masuk ke kafe dan dihiburkan dengan bunyi air sungai yang mengalir di kiri kanan kafe ini.
Selain dari cafe & restaurant, terdapat juga Pakej hiking ke air terjun Tanah Aina Fareena yang diuruskan oleh pihak pengurusan. Bermula dari serendah RM100, peserta hiking akan dibawa melihat keindahan alam semulajadi Tanah Aina Fareena untuk menuju ke kawasan perkelahan (air terjun). Kepada pengunjung yang ingin mengadakan majlis peribadi ataupun mesyuarat, terdapat Bilik khas yang boleh menempatkan seramai 70 orang.