Tujuan

Kelas ICT Mingguan untuk pelajar sekolah  ini dihadiri oleh 25 orang peserta dikalangan pelajar dari Sekolah Kebangsaan di sekitar Felda Mempaga. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk melatih pelajar memahirkan diri dalam penggunaan peralatan dan perisian komputer Selain itu, kelas ICT ini juga dapat meningkatkan produktiviti para pelajar untuk menghasilkan kerja yang kreatif hasil daripada tunjuk ajar petugas.

Aktiviti
Antara modul yang dipelajari semasa kelas adalah penggunaan perisian asas seperti Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft Power Point dan Microsoft Publisher. Kelas turut diselitkan dengan aktiviti kuiz ICT dan taklimat Klik Dengan Bijak.

 Gambar di sini


 
 
Aktiviti 2 : Kelas Keusahawanan
 

Tujuan

Kelas Keusahawanan ini bertujuan untuk membantu usahawan mempelajari teknik pemasaran atas talian dan menggunakan perbankan internet dengan selamat.

Aktiviti
Peserta diberi taklimat dan penerangan mengenai pemasaran atas talian dan praktikal penggunaan medium shopee.my. Selain itu peserta juga menjalankan praktikal penggunaan perbankan internet sepeti Maybank2u.com. 

 Gambar di sini