Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh 8 orang peserta yang merupakan usahawan PI Felda Mempaga 3. Tujuan kelas keusahawanan ini diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran usahawan tempatan supaya lebih maju dan berdaya saing dalam bidang teknologi maklumat. Serta membantu usahawan mahir menggunakan perisian, perkakasan dan melayari laman web.

Aktiviti
Para peserta mempelajari cara memasukkan produk, pengurusan tempahan dan penghantaran produk melalui platform Shopee. Selain itu, peserta turut diberi tunjuk ajar tentang mengurusan akaun emel dan permohonan Geran Khas Prihatin 2.0.

Gambar di sini

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk melatih pelajar memahirkan diri dalam penggunaan peralatan dan perisian komputer. Selain itu, kelas ICT ini juga dapat meningkatkan produktiviti para pelajar untuk menghasilkan kerja yang kreatif hasil daripada tunjuk ajar petugas.

Aktiviti

Modul yang dipelajari semasa kelas adalah penggunaan perisian asas seperti Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft Power Point dan enjin carian Google Chrome. Kelas turut diselitkan dengan aktiviti taklimat Klik Dengan Bijak, kuiz ICT dan e-Pembelajaran.

Gambar di sini