Tujuan

Program Bengkel Sistem E-Halal ini adalah anjuran Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Negeri Pahang. Bengkel ini disertai oleh 10 orang usahawan setempat yang menghasilkan produk tempatan. Tujuan utama bengkel ini dilaksanakan adalah untuk membantu usahawan mendapatkan pensijilan halal. 

Aktiviti

Sesi pertama para peserta diberi penerangan dan tatacara permohonan sijil halal menggunakan sistem e-halal yang dikendalikan oleh pegawai MUIP.

Sesi kedua para peserta diberi penerangan dan taklimat tentang perkhidmatan di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia. Turut diselitkan taklimat Klik Dengan Bijak dan penggunaan portal Sebenarnya.my.

Gambar di sini