USAHAWAN

Nama : Nazirah Binti Ismail
Umur : 33 tahun
Ahli : 2019

Latar belakang

Puan Nazirah yang berumur 33 tahun menjalankan perniagaan pakaian wanita. Beliau memulakan perniagaan pakaian ini sejak Jun 2017. Beliau merupakan suri rumah dan menjadikan perniagaan pakaian ini sebagai pendapatan sampingan keluarga.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awal perniagaan ini, beliau menjalankan perniagaan secara ‘offline’ di rumah dan mengiklankan perniagaannya di Facebook sahaja. Keuntungan yang diperolah kurang memberangsangkan namun beliau tidak putus semangat dan tetap meneruskan perniagaannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mendaftar sebagai ahli, beliau sering ke Pusat Internet Felda Mempaga 3 untuk menggunakan perkhidmatan komputer dan mencetak. Selain itu, beliau turut mengikuti kelas yang dianjurkan oleh Pusat Internet antaranya Bengkel Fotografi Produk, Bengkel Shopee dan Instagram.

Beliau mula mempromosikan produk jualannya melalui atas talian di Instagram dan medium Shopee dengan bantuan petugas PI. Perniagaan beliau semakin berkembang dari sehari ke sehari kerana permintaan pelanggan yang semakin bertambah. Menurut beliau, kemudahan internet masa kini amat membantu dalam proses mempromosikan produk beliau.

 

nazirah