USAHAWAN

Nama : Mohamed Hulaimi Bin Mohamed Zawawi
Umur : 34 tahun
Ahli : 2020

Latar belakang

Encik Hulaimi yang berumur 34 tahun menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjual Ayam Bakar Madu Mempaga

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awal perniagaan ini, beliau menjalankan perniagaan secara ‘offline’ di pasar malam Mempaga pada setiap hari Sabtu.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mendaftar sebagai ahli Pusat Internet, beliau mula mengikuti kumpulan(group) usahawan online yang ditubuhkan oleh petugas PI dengan menggunakan media sosial Facebook dan Whatsapp. Sejak itu, beliau mula mempelajari cara mempromosikan produk jualannya menggunakan medium Facebook Group dan Whatsapp. Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan beliau masih boleh menjalankan perniagaan melalui perkhidmatan penghantaran (COD).

Walaupun ramai usahawan dan premis perniagaan yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan namun beliau bersyukur kerana masih boleh meneruskan perniagaan secara online di dalam tempoh tersebut. Malah perniagaan beliau semakin berkembang dan lebih dikenali oleh penduduk tempatan. Menurutnya, kemudahan internet masa kini amat membantu dalam proses mempromosikan produk Ayam Bakar Madu Mempaga yang diusahakan oleh beliau.

ayam madu