Puan Juliana merupakan ibu kepada 2 orang cahaya mata. Beliau mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan makanan awal tahun 2015 kerana minat, beliau juga sedar dengan keperluan kewangan dan simpanan untuk masa yang akan datang. Suami beliau sering memberi dorongan dan sokongan dalam penglibatan beliau dalam bidang perniagaan. Dengan minat dan usaha beliau telah menjadikan perniagaannya semakin berkembang.

 

kakyana edit

Puan Juliana merupakan usahawan IKS produk makanan & minuman

 

              Pada awal perniagaan beliau keuntungan bulanan adalah sekitar RM300-RM400 sahaja. Manakala pelanggan yang sering berkunjung ke kedai beliau adalah terdiri daripada jiran dan kenalan yang tinggal di kawasan perumahannya. Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Mempaga 3, beliau kini telah memiliki akaun Facebook, Instagram dan Dashboard yang dapat mempromosikan produk perniagaan beliau. Selain itu beliau juga mempromosikan produk beliau di Mudah.my. Oleh kerana pengiklanan produk beliau di laman sosial dan pengiklanan online ini menjadikan permintaan dan pelanggannya semakin bertambah.

 

kakyana

Antara produk makanan yang diusahakan oleh Puan Juliana

 

              Kini beliau juga menyediakan khidmat pesanan makanan melalui WhatsApp dan khidmat penghantaran kepada pelanggannya di sekitar Mempaga. Jumlah pendapatan bulanannya kini semakin bertambah kerana permintaan yang tinggi daripada pelanggan.