SIARAN DIGITAL PERCUMA UNTUK ANDA !!!!

Projek DTT (Televisyen Terestrial Digital) adalah di bawah naungan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan diselia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Ia merupakan satu inisiatif Kerajaan untuk menyediakan khidmat penyiaran TV dan radio terbaik untuk rakyat. Pembaharuan ini memberikan semua siaran yang lebih jelas tanpa sebarang bayaran bulanan.

 

APA ITU MYFREEVIEW? 
My Freeview merupakan jenama perkhidmatan TV digital percuma Malaysia yang menawarkan saluran TV dan radio popular tanpa sebarang bayaran atau yuran langganan.

 

TAHUKAH ANDA penutupan siaran analog akan dilaksanakan dan penonton yang tidak menggunakan siaran myFreeview atau siaran digital yang lain (satelit dan kabel) tidak akan dapat menonton sebarang siaran televisyen.

Maklumat lanjut boleh layari : https://myfreeview.tv/ms/ atau menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan 1800-18-1088

Untuk dapatkan risalah mengenai myfreeview, anda bolehlah mengunjungi Pusat Internet yang berhampiran.

 

68893302 961093404231050 7390543375201468416 n