USAHAWAN

Nama : Aslina Binti Ahmad
Umur : 41 tahun
Ahli : 2023

Latar belakang

Puan Aslina Binti Ahmad yang berumur 41 tahun merupakan suri rumah yang mula menceburi bidang perniagaan sejak beberapa tahun yang lalu bagi mengisi masa lapang dan menambah pendapatan keluarga.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Pada awal perniagaan ini, beliau menjalankan perniagaan secara offline kepada kenalan terdekat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Beliau mula mendaftar sebagai ahli Pusat Ekonomi Digital Felda Mempaga 3 dan  kerap pengunjungi PEDI untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan.

Dengan sokongan dan bimbingan petugas PEDI, beliau kini mahir menggunakan computer dan melayari laman web untuk urusan perniagaannya. Beliau mula aktif mempromosikan produk jualannya di atas talian melalui medium Facebook. Perniagaan beliau semakin berkembang dan permintaan daripada pelanggan kian bertambah.

320562101 552985526676710 476955789322496016 n