USAHAWAN

Nama : Mariam Md Zain
Umur : 52 tahun
Ahli : 2023

Latar belakang

Puan Mariam berumur 52 tahun merupakan suri rumah yang mula menceburi bidang perniagaan online bermula awal tahun 2023.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Pada awalnya, beliau merupakan pengguna tegar produk Amway dan mulai berminat untuk menjadi ejen produk tersebut kerana berpuas hati dengan keberkesanan produk Amway.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Beliau mula mendaftar sebagai ahli Pusat Ekonomi Digital Felda Mempaga 3 dan kerap mengunjungi PEDI untuk menggunakan perkhidmatan komputer dan internet.

Dengan sokongan dan bimbingan petugas PEDI, beliau kini mahir menggunakan komputer dan melayari laman web untuk urusan perniagaannya. Beliau turut mengikuti kelas keuasahawanan seperti bengkel fotografi dan kelas Tiktok yang dianjurkan di PEDI.

Kini beliau telah memiliki komputer riba sendiri, namun masih mengunjungi PEDI untuk mendapatkan sebarang bantuan dan tunjuk ajar daripada petugas PEDI. Kini beliau aktif mengiklankan produk ini di platform media sosial, Whatsapp dan Telegram Group. Kesungguhan beliau mula membuahkan hasil apabila mampu menjana pendapatan bulanan dengan hasil komisen jualan produk Amway.

 

WhatsApp Image 2023 12 02 at 3.59.57 PM