Nur Marsya Umairah yang berumur 9 tahun merupakan pelajar Tahun 3 di Sekolah Kebangsaan Felda Mempaga 1, Karak, Pahang Darul Makmur. Beliau merupakan anak tunggal kepada pasangan Rozamil Izuan dan Roziana Adnan, 32. Beliau dilahirkan di Selangor pada 03 Disember 2007 dan kini tinggal menetap bersama keluarganya di Taman Mempaga Utama.

Bermula daripada ibu beliau, Puan Roziana yang sering mengunjungi Pusat Internet atas urusan perniagaan seterusnya mendaftarkan Nur Marsya Umairah sebagai ahli di Pusat Internet Felda Mempaga 3 pada awal 2016. Nur Marsya Umairah sering mengunjungi Pusat Internet untuk mengisi masa lapangnya. Beliau sering mengakses permainan pembelajaran interaktif atas talian. Selain itu, beliau juga sering mengukur tahap kecekapan menaip beliau secara atas talian di laman ‘typingspeedtest’

20160423 113234

Marsya ketika mengikuti kelas E-Learning

Semenjak mula mendaftar menjadi ahli di Pusat Internet Felda Mempaga 3, beliau sering mengikuti kelas ICT untuk pelajar Sekolah Kebangsaan yang dijalankan pada setiap Sabtu dan Ahad. Sebelum ini, beliau sememangnya tidak mahir menggunakan perkakasan dan perisian komputer. Akan tetapi beliau mempunyai minat yang mendalam untuk mempelajari asas Teknologi Maklumat.

Setelah mengikuti kelas ICT selama beberapa bulan menjadikan beliau mahir menggunakan peralatan komputer dan perisian asas seperti Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft Publisher. Pembelajaran ini dapat membantu beliau meningkatkan tahap kecekapan menaip dan berkenalan dengan topik baru setiap kali kelas ICT berlangsung. Beliau juga sering menggunakan Internet untuk belajar dengan menggunakan aplikasi pembelajaran interaktif atas talian.

 

20160423 120202

Marsya  (duduk dua dari kiri) bersama rakan-rakannya yang turut sama menyertai kelas E-Learning

Beliau banyak menyumbang dalam mempengaruhi rakan-rakan untuk mengikuti kelas ICT dan aktiviti seperti pertandingan mewarna yang dianjurkan di Pusat Internet Felda Mempaga 3.  Ibu dan bapa beliau turut berbangga dengan pencapaian Marsya yang kini mampu menguasai komputer pada usia yang sangat muda.  Kini, Marsya telah menunjukkan pencapaian yang amat membanggakan apabila beliau telah menguasai asas komputer dan beberapa aplikasi online untuk pembelajaran.