Outside The Box Cafe terletak di Bentong Avenue. Kafe ini menyajikan hidangan makanan laut, makanan barat dan sajian lain yang menyelerakan.
Alamat : P23-1, BENTONG AVENUE, 28700 BENTONG, PAHANG..
Facebook :https://www.facebook.com/otbcafe.my/
No Telefon : 018-9121160
Restoran Bondaku Pulang ini terletak di tepi Lebuhraya KL-Karak. Restoran ini baru dibuka pada Januari 2022. Menyajikan pelbagai menu yang istimewa dengan harga yang berpatutan. Antara menu istimewa yang terdapat di restoran ini adalah Ikan Patin Tempoyak Claypot, Pais Patin, Udang Galah, Ayam Kampung Salai Masak Lemak, Rendang Itik Salai, Daging Salai Masak Lemak Cili Api dan pelbagai lagi.
Selain pelbagai juadah yang menyelerakan, konsep dan tatahias di restoran ini turut menjadi tarikan pengunjung ke sini.
Alamat : Lot 2038, Rumah Pertanian, Karak Expy, 28600 Karak.
Facebook :https://www.facebook.com/Rumah-Salai-Bondaku-Pulang-137370401803471/
No Telefon : 017-9653067 | 0111-1019302
D'paya Empayar Zaman terletak di Felda Mempaga 1. Restoran ini menjadi tarikan pengunjung dari luar dan sekitar kawasan Felda Mempaga kerana menyajikan pelbagai hidangan makanan barat dengan harga yang berpatutan. Antara sajian istimewa yang terdapat di restoran ini adalah Nasi Goreng Lamb Chop, Chicken Chop dan Spageti Lamb Chop.
Beroperasi setiap Ahad hingga Jumaat, bermula jam 4.00 petang ke 10.00 malam. Restoran ini juga sedia menerima tempahan katering dan sebarang jamuan. Untuk sebarang pertanyaan hubungi talian 013-985 3989.
Alamat : No 164, Blok 7, Felda Mempaga 1, 28600 Karak, Pahang
No Telefon : 013-985 3989
Hanie Satay terletak di Medan Selera Feldajaya Mempaga. Restoran ini menyajikan pelbagai jenis sate seperti sate ayam, sate daging dan sate kambing. Selain itu, terdapat juga pilihan hidangan ala barat antaranya meatball, speghetti, lamb chop, fries dan set talam western. Restoran ini menjadi tarikan pengunjung dari luar dan sekitar kawasan Felda Mempaga kerana lokasi yang strategik dan kawasan tumpuan orang ramai.
Hanie Satay beroperasi pada setiap hari bermula jam 3.00 petang hingga 10.00 malam. Hanie Satay turut menerima tempahan untuk majlis keraian.
Alamat : Medan Selera Feldajaya Wilayah Mempaga, 28600 Karak, Pahang
No Telefon : 017-9089283 / 012-9975068
Chichi Yana Corner terletak di P7 Medan Selera Feldajaya Mempaga. Restoran ini menjadi tarikan pengunjung dari luar dan sekitar kawasan Felda Mempaga kerana lokasi yang strategik dan kawasan tumpuan orang ramai. Tedapat pelbagai menu yang disediakan di sini dan sesuai untuk makan tengahari, westerndan minum petang. Harga yang ditawarkan sangat berpatutan.
Chichi Yana Corner beroperasi pada setiap hari bermula jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Chichi Yana Corner turut menerima tempahan untuk majlis keraian dan menyediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah untuk pelanggan di sekitar Felda Mempaga.