Zul Highway Cafe adalah restoran dan kafe yang terletak di KM75 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, 28700 Bentong, Pahang. Ia merupakan sebuah kafe yang menyajikan pelbagai makanan tempatan dan western.
Keunikan kafe ini adalah kerana ianya dibina betul-betul di dalam dusun durian dengan keindahan dedaun hijau di dalam kawasan kafe. Pengunjung dapat menikmati makanan dengan udara yang segar dan ketenangan persekitarannya. Kafe ini menggamit pengunjung untuk merasai suasana seperti di kampung.
Darwish Corner terletak di Medan Selera Feldajaya Mempaga. Lokasinya yang strategik menjadikan restoran ini tarikan pengunjung dari luar dan sekitar kawasan Felda Mempaga. Menu istimewa yang terdapat di restoran ini adalah Laksa Penang dan ABC Special. Selain itu restoran ini turut menyediakan menu-menu lain seperti Bakso, ABC Jagung, ABC Biase dan Maromachi Ninja Oden.
Darwish Corner beroperasi pada setiap hari bermula jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Darwish Corner turut menerima tempahan untuk majlis keraian. Sebarang pertanyaan mengenai restoran dan tempahan boleh menghubungi Puan Norhayati binti Abd Malek ditalian 011-25633551.
Warisan Tokwan & Opah Ent terletak di Medan Selera Feldajaya Mempaga. Restoran ini menjadi tarikan pengunjung dari luar dan sekitar kawasan Felda Mempaga kerana lokasi yang strategik dan mudah diakses. Menu istimewa yang terdapat di restoran ini adalah Nasi Ayam, Mee Udang dan Soto. Selain itu restoran ini turut menyediakan menu-menu lain seperti Bihun Sup, Bubur Nasi, Nasi Lemak dan Laksa.
Warisan Tokwan & Opah Ent beroperasi pada setiap hari kecuali hari Rabu bermula jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Warisan Tokwan & Opah Ent turut menerima tempahan untuk majlis keraian. Sebarang pertanyaan mengenai restoran dan tempahan boleh menghubungi Puan Hafiza ditalian 018-2739087.
Ina's Patin terletak di tepi jalan utama menuju ke bandar Bentong. Lokasinya yang strategik menjadikan restoran ini tarikan pengunjung yang melalui bandar Bentong. Menu istimewa yang terdapat di restoran ini adalah Ikan Patin Masak Tempoyak, Pais Patin, Masak Lemak Daging Salai dan Kambing Bakar. Pengunjung juga dapat menikmati minuman secara percuma. Selain itu restoran ini turut menyediakan minuman Cendol Sawit yang jarang-jarang ditemui.
Ina's Patin beroperasi pada setiap hari Sabtu hingga Khamis bermula jam 11.00 pagi hingga 4.30 petang dan ditutup pada setiap hari Jumaat. Ina's Patin turut menerima tempahan untuk majlis keraian. Sebarang pertanyaan mengenai restoran dan tempahan boleh menghubungi talian 014-3099801.