USAHAWAN

Nama : Noor Suhaila Bt Mohd Nordin
Umur : 33 tahun
Ahli : 2019

Latar belakang

Puan Suhaila yang berumur 33 tahun merupakan usahawan yang menjual pakaian kanak-kanak. Sebelum berkecimpung dalam perniagaan ini, beliau merupakan seorang surirumah sepenuh masa.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awal perniagaan ini, beliau menjalankan perniagaan dengan membuka kedai di Felda Mempaga 1. Pelanggannya terdiri daripada penduduk setempat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mendaftar sebagai ahli di Pusat Internet pada April 2019 beliau mula mengikuti kursus asas komputer yang dianjurkan di Pusat Internet. Sepanjang kelas yang diikutinya menjadikan beliau mahir menggunakan perkakasan dan perisian komputer.

Beliau mula memasar dan mempromosikan produk jualannya melalui atas talian di Facebook dengan bantuan petugas PI. Perniagaan beliau semakin berkembang dari sehari ke sehari kerana permintaan pelanggan yang semakin bertambah. Kini pelanggan beliau tidak terhad di sekitar kawasan berhampiran sahaja malah beliau turut menerima pelanggan yang datang dari pelbagai negeri. Menurut beliau, perniagaan atas talian kini sangat berkesan dan menjimatkan kos dalam membantu usahawan luar bandar untuk memperluas perniagaan mereka.

   19145988 1552386681524810 7943197066546268429 n19149423 1552386864858125 3551270293950196747 n

 

CELIK IT

Nama : Muhamad Syazwan Hakimi Bin Shafarin
Umur : 11 tahun
Ahli : 2019

Latar belakang

Syazwan Hakimi yang berumur 11 tahun merupakan pelajar Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Mempaga 1, Karak, Pahang Darul Makmur. Beliau merupakan cucu kepada peneroka Felda Mempaga 1 dan merupakan anak tunggal.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti kelas di Pusat Internet Felda Mempaga 3, Syazwan Hakimi tidak mahir menggunakan peralatan dan perisian komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Semenjak mula mendaftar menjadi ahli di Pusat Internet Felda Mempaga 3 pada Februari 2019, beliau sentiasa mengikuti kelas ICT yang dijalankan pada setiap Sabtu dan Ahad. Beliau merupakan seorang pelajar yang sangat kreatif dan tekun menimba ilmu baru.

Syazwan Hakimi mempunyai minat yang mendalam untuk mempelajari asas Teknologi Maklumat. Setelah mengikuti kelas ICT selama lebih kurang sebulan menjadikan beliau mahir menggunakan peralatan komputer dan perisian asas seperti Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft Power Point dan Microsoft Publisher. Beliau juga sering menggunakan Internet untuk tujuan pembelajaran dengan menggunakan aplikasi pembelajaran interaktif atas talian.

IMG 6865   IMG 6811

 

USAHAWAN

Nama : Awang Badrin Bin Awang Dol
Umur : 38 tahun
Ahli : 2019

Latar belakang

Encik Badrin yang berumur 38 tahun merupakan seorang penjawat awam yang menjalankan perniagaan sebagai ejen produk makanan bagi menambah pendapatan sampingan beliau. Beliau mula berjinak menceburi aktiviti perniagaan ini kerana minat yang mendalam disamping menambah pendapatan keluarga.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awal perniagaan ini, beliau cuma menerima pelanggan dikalangan ahli keluarga, kenalan rapat dan rakan-rakan sekerja sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dijalankan di Pusat Internet Felda Mempaga 3, beliau kini aktif mempromosikan produk perniagaan beliau di Facebook dan Shopee. Beliau turut menggunakan kemudahan akses internet di Pusat Internet bagi memasarkan produknya secara online. Di samping itu petugas dan tenaga pengajar sentiasa memberi tunjuk ajar dan galakan kepada usahawan yang memerlukan bimbingan dalam ilmu teknologi maklumat dan perisiannya. Selepas aktif menggunakan medium promosi online, pendapatan dan pelanggannya kini mula meningkat dari masa ke semasa.

awang

 

USAHAWAN

Nama : Rohani Binti Mohamad
Umur : 40 tahun
Ahli : November 2018

Latar belakang

Puan Rohani yang berumur 40 tahun merupakan usahawan yang menjual produk kecantikan wanita dan produk kesihatan (supplemen). Sebelum berkecimpung dalam perniagaan ini, beliau merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Beliau mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan kerana minat yang mendalam dan sokongan dari suami beliau.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awal perniagaan ini, beliau membuka sebuah kedai di Felda Mempaga 3 sahaja. Pelanggannya terdiri daripada kenalan dan penduduk setempat sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mendaftar sebagai ahli di Pusat Internet beliau mula mengikuti kursus asas komputer yang dianjurkan di PI. Sepanjang kelas yang diikutinya menjadikan beliau mahir menggunakan perkakasan dan perisian komputer.

Beliau mula memasar dan mempromosikan produk jualannya melalui atas talian dengan bantuan petugas PI. Perniagaan beliau semakin berkembang dari sehari ke sehari kerana permintaan pelanggan yang semakin bertambah. Kini pelanggan beliau tidak terhad di sekitar kawasan berhampiran sahaja malah beliau turut menerima pelanggan yang datang dari negeri-negeri lain di Malaysia. Menurut beliau medium online marketing ini sangat berkesan dan menjimatkan kos. Beliau bersyukur dengan kemajuan IT dan promosi secara online yang berkesan ini dapat memajukan perniagaannya.

Untitled

 

 

USAHAWAN

Nama : Noor Azirah Binti Hazlan
Umur : 33 tahun
Ahli : 2018

Latar belakang

Puan Azirah mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan makanan sejak tahun 2010. Beliau mempunyai minat yang mendalam terhadap pembuatan kuih muih tradisional yang di warisi dari ibunya. Suami beliau sering memberi dorongan dan sokongan dalam penglibatan beliau dalam bidang perniagaan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awal penglibatan beliau dalam bidang perniagaan, keuntungan bulanan adalah sekitar RM300-RM400. Manakala pelanggan yang sering berkunjung ke kedai beliau adalah terdiri daripada penduduk yang tinggal di kawasan sekitar Mempaga.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dijalankan di Pusat Internet Felda Mempaga 3, beliau kini aktif mempromosikan produk perniagaan beliau di Facebook dan Instagram. Perniagaan beliau mula dikenali dan berkembang dan mendapat banyak tempahan untuk pelbagai majlis keraian.

Beliau juga menyediakan khidmat pesanan makanan melalui WhatsApp dan khidmat penghantaran kepada pelanggannya di sekitar Mempaga. Jumlah pendapatan bulanannya kini semakin bertambah kerana permintaan yang tinggi daripada pelanggan. Dengan minat dan usaha beliau telah menjadikan perniagaannya semakin berkembang.

 

44897509 2027661634192624 3420860688698966016 n