USAHAWAN

Nama : Ahmad Nur Harith
Umur : 23 tahun
Ahli : Ogos 2018

Latar belakang

Harith yang berumur 23 tahun merupakan belia Felda Mempaga 3 yang berkecimpung dalam arena perniagaan dengan menjual kasut sukan dan kaca mata. Beliau mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan kerana minat dan sokongan dari keluarga.

39036903 2171916549760810 5999363468996640768 n

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awal perniagaan ini, beliau cuma menjual dan mempromosikan produknya kepada penduduk setempat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mendaftar sebagai ahli di Pusat Internet beliau mengikuti kursus keusahawanan yang dijalankan di PI. Sepanjang kelas yang diikutinya menjadikan beliau mahir menggunakan perkakasan dan perisian komputer.

Beliau mula memasar dan mempromosikan produk jualannya melalui atas talian seperti di Facebook pages, Instagram dan kedai online (ecwid.com). Perniagaan beliau semakin berkembang dari sehari ke sehari kerana permintaan pelanggan yang semakin bertambah. Menurut beliau medium online marketing ini sangat berkesan dan menjimatkan kos. Beliau bersyukur dengan kemajuan IT dan promosi secara online yang berkesan ini dapat memajukan perniagaannya.

CELIK IT

Nama : Anis Farhana Binti Abd Hisham
Umur : 16 tahun
Ahli : Mac 2018

Latar belakang

Anis Farhana yang berumur 16 tahun merupakan pelajar Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Felda Kampung Sertik, Karak, Pahang Darul Makmur. Beliau merupakan anak kepada Peneroka Felda Mempaga 3.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti kelas di Pusat Internet, Anis tidak mempunyai kemahiran dalam menggunakan perkakasan dan perisian komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Semenjak mula mendaftar menjadi ahli di Pusat Internet Felda Mempaga 3 pada Mac 2018, beliau sering mengikuti kelas ICT untuk pelajar Sekolah Menengah yang dijalankan pada setiap Sabtu dan Ahad (sesi petang). Beliau merupakan seorang pelajar yang rajin menghadirkan diri dalam setiap kelas dan program yang dianjurkan pihak Pusat Internet.

WhatsApp Image 2018 09 04 at 12.58.17

Anis Farhana ketika mengikuti kelas ICT di PI

Sebelum mengikuti kelas ICT ini, beliau sememangnya tidak mahir menggunakan perisian komputer. Namun kerana beliau mempunyai minat yang mendalam untuk mempelajari asas Teknologi Maklumat. Setelah mengikuti kelas ICT selama beberapa bulan menjadikan beliau mahir menggunakan peralatan komputer dan perisian asas seperti Microsoft Word, Microsoft Excel & Microsoft Publisher. Kini, beliau tidak lagi kekok menggunakan peralatan dan perisian komputer. Malah dengan latihan ICt yang diberikan oleh petugas Pusat Internet, beliau kini mampu menyiapkan tugasan sekolah dengan lebih kreatif.

USAHAWAN PRODUK KESIHATAN & PAKAIAN

Nama : Tuan Fadzilah Binti Tuan Sulaiman
Umur : 37 tahun
Ahli : November 2017

Latar belakang

Puan Fadzilah yang berumur 37 tahun merupakan usahawan yang menjual  tudung kanak-kanak dan menjadi ajen produk La mamma (supplemen wanita). Sebelum berkecimpung dalam perniagaan ini,beliau merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Beliau mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan kerana minat yang mendalam dalam bidang ini disamping dapat menambah pendapatan isi rumah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awal perniagaan ini, beliau cuma menerima pelanggan dalam jumlah yang kecil yang merupakan jiran dan kenalan. Keuntungan bulanan beliau hanya sekitar RM 300 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mendaftar sebagai ahli di Pusat Internet (PI) beliau mula mengikuti kursus asas komputer yang dianjurkan di PI. Sepanjang kelas yang diikutinya menjadikan beliau mahir menggunakan perkakasan dan perisian komputer.

Perniagaan beliau semakin berkembang dari sehari ke sehari kerana permintaan pelanggan yang semakin bertambah. Menjelang musim permulaan sesi persekolahan ini beliau turut menerima tempahan tudung kanak-kanak yang tinggi. Kini pelanggan beliau tidak terhad di sekitar kawasan berhampiran sahaja malah beliau turut menerima tempahan dari pelanggan yang datang dari negeri-negeri lain di Malaysia. Beliau bersyukur dengan kemajuan IT dan promosi secara online yang berkesan ini dapat memajukan perniagaannya.

KAKFAZ

 

USAHAWAN TUDUNG

Nama : Asmawati Binti Md. Ali
Umur : 34 tahun
Ahli : April 2018

Latar belakang

Puan Asmawati merupakan usahawan yang menjalankan perniagaan tudung wanita. Beliau mempunyai sebuah kedai yang terletak di Tapak Perniagaan Felda Mempaga 3. Perniagaan tudung beliau di bawah label Asfzan Collection.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awal perniagaan ini, beliau cuma menerima pelanggan dalam jumlah yang kecil yang merupakan pelanggan yang berkunjung ke kedai miliknya. Keuntungan bulanan beliau adalah dalam jumlah yang kecil sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mendaftar sebagai ahli di Pusat Internet dan mengikuti kursus keusahawanan yang dianjurkan beliau bertambah mahir menggunakan perkakasan dan perisian komputer. Beliau turut mempelajari cara pengiklanan produk secara atas talian. Setelah mula menjalankan promosi secara atas talian, perniagaan beliau semakin berkembang dari sehari ke sehari kerana permintaan pelanggan yang semakin bertambah. Kini pelanggan produk beliau datang dari pelbagai negeri di Malaysia. Dengan kemudahan Ejen Pos Malaysia yang terdapat di PI Felda Mempaga 3 lebih memudahkan urusan pengeposan tempahan pelanggan. Beliau bersyukur dengan kemajuan IT dan promosi secara online yang berkesan ini dapat memajukan perniagaannya.

 

asmawati

 

USAHAWAN EJEN EMAS DAN GOLDBAR

Nama : Nor Zalini Binti Mohd Ludin
Umur : 33 Tahun
Ahli : November 2017

Latar belakang

Puan Norzalini yang berumur 33 tahun merupakan ejen barang kemas dan goldbar dari KTJ Group. Sebelum berkecimpung dalam perniagaan ini, beliau merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Beliau mula berjinak menceburi aktiviti perniagaan ini kerana minat yang mendalam disamping menambah sumber pendapatan keluarga.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awal perniagaan ini, beliau cuma menerima pelanggan dalam jumlah yang kecil yang merupakan jiran dan kenalan. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

IMG 4159

Selepas mendaftar sebagai ahli di Pusat Internet pada baru-baru ini, beliau mula mengikuti kursus asas komputer yang dianjurkan di PI kerana beliau sedar akan kepentingan dan keperluan Teknologi Maklumat pada masa kini. PI1M telah membantu beliau mengembangkan perniagaan dengan memberi tunjuk ajar dalam mempromosikan produknya secara online melalui facebook, mudah.my dan Dashboard (myshop). Beliau sering menggunakan kemudahan komputer dan akses internet di PI bagi memasarkan produknya secara online. Disamping itu petugas sentiasa memberi tunjuk ajar dan galakan kepada usahawan memerlukan bimbingan dalam bidang teknologi maklumat. Selepas aktif menggunakan medium promosi online, pendapatan dan pelanggannya kini mula meningkat dari masa ke semasa.

zalini 2