CELIK IT

Nama : Muhammad Alif Zafran
Umur : 11 tahun
Ahli : 21 Januari 2017

Latar belakang

Muhammad Alif Zafran yang berumur 11 tahun merupakan pelajar Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Mempaga 2, Karak, Pahang Darul Makmur. Beliau merupakan anak pertama daripada dua adik beradik. Beliau merupakan cucu kepada Peneroka Felda Mempaga 3.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti kelas di PI, Muhammad Alif tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam menggunakan perkakasan dan perisian komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Semenjak mula mendaftar menjadi ahli di Pusat Internet Felda Mempaga 3 pada Januari 2017, beliau sering mengikuti kelas ICT untuk pelajar Sekolah Kebangsaan yang dijalankan pada setiap Sabtu dan Ahad. Beliau merupakan seorang pelajar yang rajin menghadirkan diri dalam setiap kelas dan program yang dianjurkan pihak PI.

alif2

Alif ketika mengikuti Kelas ICT di PI

Sebelum mengikuti kelas ICT ini, beliau sememangnya tidak mahir menggunakan perkakasan dan perisian komputer. Akan tetapi beliau mempunyai minat yang mendalam untuk mempelajari asas Teknologi Maklumat. Setelah mengikuti kelas ICT selama beberapa bulan menjadikan beliau mahir menggunakan peralatan komputer dan perisian asas seperti Microsoft Word. Beliau juga sering menggunakan Internet untuk belajar dengan menggunakan aplikasi pembelajaran interaktif atas talian untuk menguji kemahiran menaip dan bermain kuiz online. Kini, beliau tidak lagi kekok menggunakan peralatan dan perisian komputer. Malah dengan latihan ICT yang diberikan pihak PI beliau kini mampu menyiapkan tugasan sekolah dengan lebih kreatif.

alif1

Alif bersama rakan-rakan yang turut mengikuti kelas ICT di PI

USAHAWAN KOSMETIK

Nama : Noorizatul Binti Ghazali
Umur : 35 tahun
Ahli : 09 November 2017

Latar belakang

Puan Noorizatul yang berumur 35 tahun merupakan usahawan yang menjual kosmetik, produk kecantikan wanita dan produk kesihatan (supplemen). Sebelum berkecimpung dalam perniagaan ini, beliau merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Beliau mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan kerana minat yang mendalam dan sokongan dari suami beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awal perniagaan ini, beliau cuma membuka gerai di tapak Pasar Malam Felda Mempaga 3 pada setiap hari Sabtu sahaja. Keuntungan bulanan beliau hanya sekitar RM 500 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mendaftar sebagai ahli di Pusat Internet (PI) beliau mula mengikuti kursus asas komputer yang dianjurkan di PI. Sepanjang kelas yang diikutinya menjadikan beliau mahir menggunakan perkakasan dan perisian komputer.

Beliau mula memasar dan mempromosikan produk jualannya melalui atas talian dengan bantuan petugas PI. Perniagaan beliau semakin berkembang dari sehari ke sehari kerana permintaan pelanggan yang semakin bertambah. Kini pelanggan beliau tidak terhad di sekitar kawasan berhampiran sahaja malah beliau turut menerima pelanggan yang datang dari negeri-negeri lain di Malaysia. Menurut beliau medium online marketing ini sangat berkesan dan menjimatkan kos. Beliau bersyukur dengan kemajuan IT dan promosi secara online yang berkesan ini dapat memajukan perniagaannya.

21433014 1799683886738833 3439992409724356357 n   21616311 1799684036738818 1338971035341278399 n

22894517 1859652934075261 3753973187870837919 n

USAHAWAN MAKANAN - CILI GILING

Nama : Norarifah Binti Abd Ghani
Umur : 31 tahun
Ahli : 12 Februari  2015

Latar belakang

Puan Norarifah yang berumur 31 tahun merupakan surirumah yang menjalankan perniagaan cili giling di rumah beliau. Beliau merupakan ibu kepada 2 orang anak. Suami beliau sering memberi galakan kepada beliau untuk lebih maju dalam bidang perniagaannya. Bagi beliau sokongan dan galakan daripada suaminya menjadi pendorong kepada kemajuan perniagaannya kini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awal perniagaan ini, beliau cuma pelanggan dalam jumlah yang kecil yang merupakan jiran, kenalan dan penduduk setempat. Keuntungan bulanan beliau hanya sekitar RM 500.00 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mendaftar sebagai ahli di Pusat Internet pada Februari 2015, beliau mula mengikuti kursus asas komputer yang dianjurkan di PI kerana beliau sedar akan kepentingan dan keperluan Teknologi Maklumat pada masa kini. Sepanjang kelas yang diikutinya menjadikan beliau mahir menggunakan perkakasan dan perisian komputer. Perniagaan beliau semakin berkembang dari sehari ke sehari kerana permintaan pelanggan yang semakin bertambah selepas beliau mula mempromosikan produknya di atas talian. Anggaran pendapatannya kini adalah sekitar RM1000-RM2000 sebulan.

cili giling

Nama : Muhammad Aiman Muhaimin Bin Md Desa
Umur : 11 tahun
Ahli : 29 Julai 2017

Latar belakang

Muhammad Aiman Muhaimin yang berumur 11 tahun merupakan pelajar Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Mempaga 2, Karak, Pahang Darul Makmur. Beliau merupakan cucu kepada peneroka Felda mempaga 3. Beliau dilahirkan di Hospital Bentong pada 01 Ogos 2007 dan kini tinggal menetap bersama keluarganya di Felda Mempaga 3.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti kelas ICT di Pusat Internet Felda Mempaga 3, beliau tidak mempunyai pengetahuan dari segi penggunaan perkakasan dan perisian komputer. 

aiman3

Aiman ketika mengikuti Kelas Asas Komputer di PI1M Felda Mempaga 3

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Namun semenjak mula mendaftar menjadi ahli di Pusat Internet Felda Mempaga 3 pada Julai lalu, beliau sering mengikuti kelas ICT untuk pelajar Sekolah Kebangsaan yang dijalankan pada setiap Sabtu dan Ahad. Beliau merupakan pelajar yang rajin dan tidak pernah ketinggalan dalam menghadiri setiap kelas mingguan yang dianjurkan pihak PI. Sebelum ini, beliau sememangnya tidak mahir menggunakan perkakasan dan perisian komputer. Akan tetapi beliau mempunyai minat yang mendalam untuk mempelajari asas Teknologi Maklumat.

aiman1

Aiman bersama rakan-rakan selepas mengikuti Kelas Asas Komputer di PI Felda Mempaga 3

Setelah mengikuti kelas ICT selama beberapa bulan menjadikan beliau mahir menggunakan peralatan komputer dan perisian asas seperti Microsoft Word dan Microsoft Publisher. Beliau juga sering menggunakan Internet untuk belajar dengan menggunakan aplikasi pembelajaran interaktif atas talian. Menurut beliau kemudahan di PI dan petugas banyak membantunya dalam pembelajaran selain petugas memberi tunjuk ajar kepadanya menyiapkan setiap tugasan.

aiman2

Aiman menerima cenderahati kuiz ICT dari Pengurus PI

USAHAWAN MAKANAN - NASI KUKUS AYAM BEREMPAH

Nama : Norhasnini Bt. Baharudin
Umur : 36 tahun
Ahli : 13 Jun 2015

Latar belakang

Puan Norhasnini Baharudin yang berumur 36 tahun merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan makanan iaitu nasi kukus ayam berempah. Perniagaan beliau terletak di laman niaga Felda Mempaga 3.  Beliau juga menjalankan perniagaan di Pasar Malam iaitu pada setiap hari Sabtu dan Selasa di sekitar Mempaga.  Beliau merupakan ibu kepada 5 orang anak. Suami beliau sering memberi galakan kepada beliau untuk lebih maju dalam bidang perniagaannya. Bagi beliau sokongan dan galakan daripada suaminya menjadi pendorong kepada kemajuan perniagaannya kini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awal perniagaan ini, beliau cuma pelanggan dalam jumlah yang kecil yang merupakan jiran, kenalan dan penduduk setempat. Keuntungan bulanan beliau hanya sekitar RM 1000.00 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mendaftar sebagai ahli di Pusat Internet pada Jun 2015, beliau mula mengikuti kursus asas komputer yang dianjurkan di PI kerana beliau sedar akan kepentingan dan keperluan Teknologi Maklumat pada masa kini. Sepanjang kelas yang diikutinya menjadikan beliau mahir menggunakan perkakasan dan perisian komputer. Perniagaan beliau semakin berkembang dari sehari ke sehari kerana permintaan pelanggan yang semakin bertambah selepas beliau mula mempromosikan produknya di atas talian. Anggaran pendapatannya kini adalah sekitar RM5000,00 sebulan.

Nasi Kukus 03