AKTIVITI 1 : TAKLIMAT PERKESO DAN PROMOSI PEDI/KLIK DENGAN BIJAK
Tarikh |
: 22 Julai 2022 |
Masa | : 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi |
: PEDI Felda Mempaga 3 |
Peserta | : 12 Peserta |
Tujuan |
|
Taklimat ini adalah anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Daerah Bentong dengan kerjasana PEDI Felda Mempaga 3. Taklimat ini disertai oleh 12 orang usahawan setempat. Tujuan utama taklimat ini dilaksanakan adalah untuk memperkenalkan mengenai Perluasan Sektor Skim Keselamatan Sosial Bekerja Sendiri yang mengkhususkan golongan usahawan. |
|
Aktiviti |
|
Sesi pertama para peserta diberi taklimat penerangan tentang Skim Keselamatan Sosial Bekerja Sendiri dan pendaftaran usahawan dengan PERKESO. Sesi kedua para peserta diberi penerangan dan taklimat tentang perkhidmatan di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia. Turut diselitkan taklimat Klik Dengan Bijak dan penggunaan portal Sebenarnya.my. |
|
AKTIVITI 2 : KELAS ASAS KOMPUTER
Tarikh |
: 17 & 23 Julai 2022 |
Masa | : 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi |
: PEDI Felda Mempaga 3 |
Peserta | : 15 Peserta |
Tujuan |
|
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk melatih pelajar agar mahir menggunakan perisian asas komputer. Selain itu, kelas ICT ini juga dapat membantu pelajar menyiapkan tugasan sekolah dengan lebih kemas dan kreatif. |
|
Aktiviti |
|
Modul yang dipelajari semasa kelas adalah penggunaan perisian asas seperti Microsoft Word, Microsoft Power Point dan enjin carian Google Chrome. | |
AKTIVITI 1 : TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK & BENGKEL SISTEM E-HALAL
Tarikh |
: 17 Mei 2022 |
Masa | : 9.00 pagi - 1.00 petang |
Lokasi |
: PEDI Felda Mempaga 3 |
Peserta | : 10 Peserta |
Tujuan |
|
Program Bengkel Sistem E-Halal ini adalah anjuran Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Negeri Pahang. Bengkel ini disertai oleh 10 orang usahawan setempat yang menghasilkan produk tempatan. Tujuan utama bengkel ini dilaksanakan adalah untuk membantu usahawan mendapatkan pensijilan halal. |
|
Aktiviti |
|
Sesi pertama para peserta diberi penerangan dan tatacara permohonan sijil halal menggunakan sistem e-halal yang dikendalikan oleh pegawai MUIP. Sesi kedua para peserta diberi penerangan dan taklimat tentang perkhidmatan di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia. Turut diselitkan taklimat Klik Dengan Bijak dan penggunaan portal Sebenarnya.my. |
|
AKTIVITI 1 : E-TUISYEN
Tarikh |
: 5, 6, 11, 19 & 20 Mac 2022 |
Masa | : 9.00 pagi - 5.00 petang |
Lokasi |
: Secara atas talian (Zoom) |
Peserta | : 18 Peserta |
Tujuan |
|
Program E-tuisyen merupakan pembelajaran atas talian untuk membantu proses pendidikan yang lebih proaktif seiring dengan perkembangan dunia digital. Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk membantu meningkatkan prestasi akademik para pelajar. |
|
Aktiviti |
|
Perlaksanaan E-tuisyen bagi bulan Mac ini dijalankan secara atas talian dari kediaman peserta. Peserta diberi makluman ringkas tentang tatacara melayari pautan zoom yang disediakan. Peserta mengikuti kelas E-tuisyen yang dikendalikan oleh guru-guru yang bertauliah yang telah dilantik oleh pihak MSD. | |
AKTIVITI 2 : KELAS KEUSAHAWANAN
Tarikh |
: 8 Mac 2022 |
Masa | : 10.00 pagi - 12.30 tengahari |
Lokasi |
: PEDI Felda Mempaga 3 |
Peserta | : 2 Peserta |
Tujuan |
|
Kelas ini dihadiri oleh 2 orang peserta yang merupakan usahawan PEDI Felda Mempaga 3. Tujuan kelas keusahawanan ini diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran usahawan tempatan supaya lebih maju dan berdaya saing dalam bidang teknologi maklumat. Serta membantu usahawan mahir menggunakan perisian, perkakasan dan melayari laman web. |
|
Aktiviti |
|
Para peserta mempelajari cara untuk menggunakan Maybank2u dan Whatsapp Web. |
|
AKTIVITI 1 : KELAS ASAS KOMPUTER
Tarikh |
: 2, 14, 20 & 23 April 2022 |
Masa | : 9.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi |
: PEDI Felda Mempaga 3 |
Peserta | : 4 Peserta |
Tujuan |
|
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk melatih pelajar agar mahir menggunakan perisian asas komputer. Selain itu, kelas ICT ini juga dapat membantu pelajar menyiapkan tugasan sekolah dengan lebih kemas dan kreatif. |
|
Aktiviti |
|
Modul yang dipelajari semasa kelas adalah penggunaan perisian asas seperti Microsoft Word, Microsoft Power Point dan enjin carian Google Chrome. | |
AKTIVITI 1 : E-TUISYEN
Tarikh |
: 5, 6, 12, 13, 19 & 20 Februari 2022 |
Masa | : 9.00 pagi - 5.00 petang |
Lokasi |
: Secara atas talian (Zoom) |
Peserta | : 11 Peserta |
Tujuan |
|
Program E-tuisyen merupakan pembelajaran atas talian untuk membantu proses pendidikan yang lebih proaktif seiring dengan perkembangan dunia digital. Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk membantu meningkatkan prestasi akademik para pelajar. |
|
Aktiviti |
|
Perlaksanaan E-tuisyen bagi bulan Februari ini dijalankan secara atas talian dari kediaman peserta. Peserta diberi makluman ringkas tentang tatacara melayari pautan zoom yang disediakan. Peserta mengikuti kelas E-tuisyen yang dikendalikan oleh guru-guru yang bertauliah yang telah dilantik oleh pihak MSD. | |