Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh 8 orang peserta yang merupakan usahawan PI Felda Mempaga 3. Tujuan kelas keusahawanan ini diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran usahawan tempatan supaya lebih maju dan berdaya saing dalam bidang teknologi maklumat. Serta membantu usahawan mahir menggunakan perisian, perkakasan dan melayari laman web.

Aktiviti
Para peserta mempelajari cara memasukkan produk, pengurusan tempahan dan penghantaran produk melalui platform Shopee. Selain itu, peserta turut diberi tunjuk ajar tentang mengurusan akaun emel dan permohonan Geran Khas Prihatin 2.0.

Gambar di sini

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk melatih pelajar memahirkan diri dalam penggunaan peralatan dan perisian komputer. Selain itu, kelas ICT ini juga dapat meningkatkan produktiviti para pelajar untuk menghasilkan kerja yang kreatif hasil daripada tunjuk ajar petugas.

Aktiviti

Modul yang dipelajari semasa kelas adalah penggunaan perisian asas seperti Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft Power Point dan enjin carian Google Chrome. Kelas turut diselitkan dengan aktiviti taklimat Klik Dengan Bijak, kuiz ICT dan e-Pembelajaran.

Gambar di sini

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh 5 orang peserta yang merupakan usahawan PI Felda Mempaga 3. Tujuan kelas keusahawanan ini diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran usahawan tempatan supaya lebih maju dan berdaya saing dalam bidang teknologi maklumat. Serta membantu usahawan mahir menggunakan perisian, perkakasan dan melayari laman web.

Aktiviti
Para peserta bengkel mempelajari cara menggunakan Microsoft Excel serta menjalankan transaksi menggunakan perbankan internet (Maybank2u.com) dan mencetak penyata bank. Selain itu, usahawan juga diberi tunjuk ajar tentang teknik fotografi produk.

Gambar di sini

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk melatih pelajar memahirkan diri dalam penggunaan peralatan dan perisian komputer. Selain itu, kelas ICT ini juga dapat meningkatkan produktiviti para pelajar untuk menghasilkan kerja yang kreatif hasil daripada tunjuk ajar petugas.

Aktiviti

Modul yang dipelajari semasa kelas adalah penggunaan perisian asas seperti Microsoft Word dan enjin carian Google Chrome. Kelas turut diselitkan dengan aktiviti taklimat Klik Dengan Bijak.

Gambar di sini

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk melatih usahawan memahirkan diri menggunakan perbankan internet dengan selamat. Selain itu, petugas turut melatih usahawan menggunakan perisian Whatsapp Web, Facebook dan Microsoft Word.

Aktiviti
Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang kelas keusahawanan ini adalah usahawan diberi tunjuk ajar mengenai praktikal penggunaan perbankan internet (Maybank2u.com), Whatsapp Web dan Facebook. Usahawan juga mempelajari cara penggunaan perisian Microsoft Word untuk Invois.

Gambar di sini

Tujuan

Bengkel ini dihadiri oleh 15 orang peserta yang merupakan usahawan PI Felda Mempaga 3. Tujuan bengkel ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran usahawan tempatan supaya lebih maju dan berdaya saing dalam bidang teknologi maklumat dan penggunaan medium pemasaran produk melalui platform Shopee. 

Aktiviti
Para peserta bengkel mempelajari cara memasukkan produk, pengurusan tempahan dan penghantaran produk melalui platform Shopee. Selain itu, para peserta turut diberi tunjuk ajar tentang teknik fotografi produk untuk diiklan di Shopee.

Gambar di sini

Tujuan

Bengkel yang dihadiri oleh 20 orang peserta ini diadakan untuk memberikan pendedahan dan latihan kepada pelajar sekolah berkenaan dengan rekabentuk grafik dan infografik menggunakan canva. Perisian pengeditan di atas talian ini dapat membantu para peserta mencipta hasil grafik yang kreatif dengan lebih mudah.

Aktiviti

Peserta didedahkan dengan aplikasi canva bagi membina rekabentuk grafik poster yang menarik.

Gambar di sini

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk melatih usahawan memahirkan diri menggunakan internet dengan selamat. Selain itu, petugas turut melatih usahawan menggunakan perisian asas seperti Microsoft Word dan Microsoft Paint.

Aktiviti
Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang kelas keusahawanan ini adalah usahawan diberi tunjuk ajar mengenai praktikal penggunaan perbankan internet seperti Maybank2u.com. Usahawan juga mempelajari mengenai perisian Microsoft Word untuk membuat kertas kerja dan menggunakan Microsoft Paint untuk membuat pengeditan mudah.

Gambar di sini