Tujuan

Kursus ini dihadiri oleh 5 orang peserta yang merupakan usahawan PI Felda Mempaga 3. Tujuan kursus ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran usahawan tempatan supaya lebih maju dan berdaya saing dalam bidang teknologi maklumat dan penggunaan medium pemasaran produk melalui platform Shopee. 

Aktiviti
Para peserta kursus mempelajari cara pengurusan pemasaran dan penghantaran tempahan produk di platform Shopee.

Gambar di sini


Tujuan

Kelas Asas Komputer untuk pelajar sekolah diadakan setiap Sabtu ini dihadiri oleh 12 orang peserta dikalangan pelajar dari Sekolah Kebangsaan di sekitar Felda Mempaga. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk melatih pelajar memahirkan diri dalam penggunaan peralatan dan perisian komputer. Peserta juga diberi tunjuk ajar tentang perisian e-pembelajaran di atas talian.

Aktiviti
Pelajar diberi penerangan dan latihan amali tentang penggunaan perisian Microsoft Power Point. Selain itu, pelajar turut melayari laman web e-pembelajaran seperti mindjolt.com (typing speed test).


Gambar di sini


   
Tujuan

Bengkel ini dihadiri oleh 15 orang peserta yang merupakan usahawan tempatan yang tinggal menetap di sekitar Felda Mempaga. Bengkel disampaikan oleh petugas PI dan sukarelawan MIV PI Felda Mempaga 3. Tujuan bengkel ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran usahawan tempatan supaya lebih maju dan berdaya saing dalam bidang fotografi dan pengeditan gambar produk jualan mereka.

Aktiviti
Para peserta bengkel diberi taklimat tentang penghasilan gambar yang terbaik. Kemudian peserta  diberi tunjuk ajar semasa menjalankan sesi amali fotografi produk dan pengeditan gambar.

Gambar di sini


   
Tujuan

Program ini dihadiri oleh 111 orang peserta. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya penjagaan dan pemeriksaan kesihatan kepada penduduk. Disamping itu, ia juga dapat mempromosikan kemudahan yang sedia ada di Pusat Internet di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan semasa program adalah taklimat kesihatan, pemeriksaan kesihatan dan pemeriksaan mata. Terdapat beberapa agensi yang terlibat dengan program ini antaranya Klinik Kesihatan Mempaga dan Agensi Antidadah Kebangsaan. Program ini dirasmikan oleh Tuan Pengurus Felda Mempaga 3 iaitu Encik Rosli Bin Md Diah.

Gambar di sini


   
Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh 17 orang peserta yang merupakan pelajar sekolah di sekitar Felda Mempaga. Tujuan kelas ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar menggunakan perisian asas komputer. Disamping itu, kelas ini juga dijalankan bagi membantu pelajar-pelajar supaya lebih celik IT dan menggunakan internet dengan lebih berhemah melalui pembelajaran atas talian

Aktiviti
Para pelajar diberi tunjuk ajar tentang perkakasan komputer dan perisian asas seperti Microsoft Word dan Microsoft Excel. Peserta juga turut diberi pendedahan tentang penggunaan aplikasi pembelajaran atas talian seperti mindjolt.com (menaip) dan e-learningforkid.com (kuiz pembelajaran).

Gambar di sini