Tujuan

Bengkel ini dihadiri oleh 9 orang Usahawan yang menjalankan perniagaan di sekitar Felda Mempaga. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk membantu usahawan dalam mempromosikan produk perniagaan di secara atas talian (online) dengan mudah, berkesan dan menjimatkan masa. Bengkel ini dapat membantu usahawan dalam menjana pendapatan melalui pemasaran dan promosi atas talian. Peserta turut didedahkan tentang strategi perniagaan online yang berkesan.

Aktiviti
Para sesi bengkel pertama usahawan diberi penerangan dan tunjuk ajar berkaitan  Facebook dan FB Ads. Para usahawan turut diberi penerangan tentang trend perniagaan semasa. Untuk sesi bengkel kedua usahawan mempelajari penggunaan Instagram sebagai medium iklan perniagaan yang meluas. Peserta juga didedahkan tentang teknik pengeditan foto untuk pengiklanan.

Gambar di sini


Tujuan

Mempromosikan perkhidmatan dan kemudahan di Pusat Internet  dan memberi pendedahan tentang Klik Dengan Bijak dan perisian Dashboard.

Aktiviti
Para peserta diberi penerangan dan tunjuk ajar berkaitan Klik Dengan Bijak dan penggunaan aplikasi Dashboard. Antara aktiviti lain yang dijalankan semasa program adalah Bengkel Video Usahawan, Pemeriksaan Kesihatan dan Sukaneka. Terdapat beberapa agensi yang terlibat dengan program ini antaranya Klinik Kesihatan Mempaga dan Kolej Yayasan Felda. Program ini dirasmikan oleh Tuan Pengurus Felda Mempaga 3 iaitu Encik Rosli Bin Md Diah.


 Gambar di sini


Tujuan

Kelas ini diadakan setiap Sabtu dan Ahad yang dihadiri oleh 25 orang peserta dikalangan pelajar dari Sekolah Kebangsaan Mempaga 1 dan 2. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk melatih pelajar memahirkan diri dalam penggunaan peralatan dan perisian komputer. Di dalam kelas yang dijalankan, peserta diberi penerangan berkaitan website pembelajaran dan aplikasi atas talian yang dapat membantu dalam meningkatkan daya kreativiti pelajar.

Aktiviti
Para pelajar diberi penerangan dan tunjuk ajar berkaitan website pembelajaran atas talian iaitu mindjolt.com (Typing Speed Test) untuk meningkatkan kemahiran menaip. Pelajar turut diberi penerangan dan latihan amali tentang penggunaan perisian aplikasi seperti Microsoft Publisher. Selain itu pelajar juga diberi pendedahan tentang penggunaan aplikasi atas talian iaitu uptoten.com untuk meningkatkan kreativiti pelajar. 


 Gambar di sini


Tujuan

Kelas ini diadakan setiap Sabtu dan Ahad yang dihadiri oleh 32 orang peserta dikalangan pelajar dari Sekolah Kebangsaan di sekitar Felda Mempaga. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk melatih pelajar memahirkan diri dalam penggunaan peralatan dan perisian komputer. Peserta juga diberi penerangan berkaitan website pembelajaran dan aplikasi atas talian yang dapat membantu dalam meningkatkan daya kreativiti pelajar.

Aktiviti
Para pelajar diberi penerangan dan tunjuk ajar berkaitan website pembelajaran atas talian iaitu mindjolt.com (Typing Speed Test) untuk meningkatkan kemahiran menaip. Pelajar turut diberi penerangan dan latihan amali tentang penggunaan perisian aplikasi seperti Microsoft Excel, Microsoft Word dan Microsoft Publisher.


 Gambar di sini


Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh 21 orang Usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) yang menjalankan perniagaan di sekitar Felda Mempaga. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk membantu usahawan dalam mempromosikan produk perniagaan di secara atas talian (online) dengan mudah, berkesan dan menjimatkan masa.

Aktiviti
Para sesi bengkel pertama usahawan diberi penerangan dan tunjuk ajar berkaitan  Dashboard dan cara promosi/iklan produk di dalam ruangan Myshop tersebut. Untuk sesi bengkel kedua usahawan mempelajari penggunaan Facebook Pages dan Mudah.my sebagai medium iklan perniagaan yang meluas. Pada sesi bengkel ketiga, usahawan turut diberi penerangan tentang pembangunan blog perniagaan yang dapat membantu meluaskan promosi produk selain menjadikan usahawan lebih professional.


 Gambar di sini