Tujuan

Kursus ini dihadiri oleh 17 orang peserta yang merupakan usahawan PI Felda Mempaga 3. Kursus ini adalah kerjasama antara MARA, Institut Usahawan Bumiputera (IUB) dan Pusat Internet. Tujuan kursus ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran usahawan tempatan supaya lebih maju dan berdaya saing dalam bidang teknologi maklumat dan penggunaan media sosial. Disamping itu, program ini juga dapat menarik lebih ramai usahawan menggunakan kemudahan yang terdapat di Pusat Internet untuk melaksanakan sebarang aktiviti perniagaan secara atas talian.

Aktiviti
Para peserta kursus mempelajari pelbagai media pengiklanan perniagaan seperti Facebook Pages, FB Ads, Blog, Instagram dan Kedai Online (ecwid.com). Peserta juga turut diberi pendedahan tentang penggunaan aplikasi Canva.com untuk pengeditan imej. 

Gambar di sini


   
Tujuan

Program ini dihadiri oleh 9 orang peserta yang merupakan ahli PI Felda Mempaga 3. Tujuan program ini adalah untuk memperkenalkan aplikasi Dashboard kepada ahli. Selain itu peserta juga turut diberi pendedahan tentang keselamatan penggunaan teknologi maklumat dan media sosial melalui taklimat KDB. 

Aktiviti
Para peserta diberi taklimat penerangan tentang aplikasi Dashboard seperti Mykomuniti dan Myhealth. Para peserta juga turut diberi peluang melakukan pemeriksaan kesihatan secara percuma. Aktiviti sampingan yang turut diadakan adalah ialah Kuiz Dashboard.

Gambar di sini


Tujuan

Kelas ini diadakan setiap Sabtu dan Ahad yang dihadiri oleh 21 orang peserta dikalangan pelajar dari Sekolah Kebangsaan di sekitar Felda Mempaga. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk melatih pelajar memahirkan diri dalam penggunaan peralatan dan perisian komputer. Peserta juga diberi penerangan berkaitan website pembelajaran dan aplikasi atas talian yang dapat membantu dalam meningkatkan daya kreativiti pelajar.

Aktiviti
Para pelajar diberi penerangan dan tunjuk ajar berkaitan website pembelajaran atas talian iaitu mindjolt.com (Typing Speed Test) untuk meningkatkan kemahiran menaip. Pelajar turut diberi penerangan dan latihan amali tentang penggunaan perisian aplikasi seperti Microsoft Excel, Microsoft Word dan Microsoft Publisher.


 Gambar di sini


Tujuan

Kelas ICT untuk pelajar sekolah diadakan setiap Sabtu dan Ahad ini dihadiri oleh 25 orang peserta dikalangan pelajar dari Sekolah Kebangsaan di sekitar Felda Mempaga. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk melatih pelajar memahirkan diri dalam penggunaan peralatan dan perisian komputer. Peserta juga diberi tunjuk ajar tentang perisian e-pembelajaran di atas talian.

Aktiviti
Pelajar diberi penerangan dan latihan amali tentang penggunaan perisian Microsoft Word. Selain itu, pelajar turut melayari laman web e-pembelajaran seperti mindjolt.com (typing) dan uptoten.com (colouring dan puzzle).


Gambar di sini


Tujuan

Mempromosikan perkhidmatan dan kemudahan di Pusat Internet dan memberi pendedahan tentang Klik Dengan Bijak dan E-Waste.

Aktiviti
Para pengunjung diberi penerangan berkaitan Klik Dengan Bijak dan langkah-langkah keselamatan ketika mengunakan internet. Selain itu, pengunjung juga diberi pendedahan tentang Program E-Waste. Terdapat juga aktiviti lain yang dijalankan semasa program antaranya Kuiz Klik Dengan Bijak, Teka Logo dan Cari Kata.


Gambar di sini