Tujuan

Memperkenal dan mempromosikan perkhidmatan serta kemudahan di Pusat Internet. Selain itu, program ini juga dapat mendekatkan petugas Pusat Internet dengan masyarakat dan menjalin kerjasama dengan jabatan dan agensi. 

Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan semasa program adalah Bengkel Video, Bengkel Usahawan, Pemeriksaan Kesihatan, Pemeriksaan Mata dan Sukaneka. Terdapat beberapa agensi yang terlibat dengan program ini antaranya Klinik Kesihatan Mempaga, Pos Malaysia, PTPTN dan Your Optical. Program ini dirasmikan oleh Pengerusi JKKR Felda Mempaga 3 iaitu Encik Safidin Bin Nordin.


 Gambar di sini


   
Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh 10 orang peserta yang merupakan pelajar sekolah di sekitar Felda Mempaga. Tujuan kelas ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar menggunakan perisian aolikasi Microsoft Word. 

Aktiviti
Para pelajar diberi tunjuk ajar dan latihan menggunakan perisian asas seperti Microsoft Word . 


Tujuan

Kelas ICT untuk pelajar sekolah  ini dihadiri oleh 12 orang peserta dikalangan pelajar dari Sekolah Kebangsaan di sekitar Felda Mempaga. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk melatih pelajar memahirkan diri dalam penggunaan peralatan dan perisian komputer. 

Aktiviti
Pelajar diberi penerangan dan latihan amali penggunaan perisian Microsoft Word. Selain itu, pelajar turut melayari laman web e-pembelajaran seperti mindjolt.com (typing speed test)

Gambar di sini


   
Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh 36 orang peserta yang merupakan pelajar sekolah di sekitar Felda Mempaga. Tujuan kelas ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar menggunakan perisian asas komputer. Disamping itu, kelas ini juga dijalankan bagi membantu pelajar-pelajar supaya lebih celik IT dan menggunakan internet dengan lebih berhemah melalui pembelajaran atas talian

Aktiviti
Para pelajar diberi tunjuk ajar tentang perkakasan komputer dan perisian asas seperti Microsoft Word dan Microsoft Excel. Peserta juga turut diberi pendedahan tentang penggunaan aplikasi pembelajaran atas talian seperti mindjolt.com (menaip) dan uptoten.com (permainan minda dan kuiz).

Gambar di sini


   
Tujuan

Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. 

Aktiviti
Peserta diberi pendedahan mengenai keselamatan penggunaan internet melalui modul-modul serta tayangan video Klik Dengan Bijak. 

Gambar di sini