Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk melatih pelajar agar mahir menggunakan perisian asas komputer dan pengeditan imej.

Aktiviti

Pada sesi pertama, peserta diberi tunjuk ajar cara membuat Poster menggunakan aplikasi pengeditan atas talian Canva.com. Pada sesi kedua, peserta mempelajari cara membuat video animasi menggunakan aplikasi Microsoft Power Point. Selain itu sesi kelas turut diselitkan aktiviti kemahiran menaip dan kuiz Kahoot.

Gambar di sini

 
 

Tujuan

Mempromosi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) serta mengukuhkan hubungan Komuniti, Agensi Awam dan Swasta, serta Usahawan dengan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) supaya berterusan. Memberi makluman dan Promosi Perkhidmatan baru dan akan datang.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan semasa program berlangsung adalah taklimat Klik Dengan Bijak, pertandingan, kuiz dan cabutan bertuah.

Gambar di sini

 
 

Tujuan

Mempromosi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) yang Baru, mengukuhkan hubungan Komuniti, Agensi Awam dan Swasta, serta Usahawan dengan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) supaya berterusan. Memberi makluman dan Promosi Perkhidmatan baru dan akan datang.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan semasa program berlangsung adalah taklimat, pameran agensi, pertandingan, kuiz dan cabutan bertuah.

Gambar di sini

 
 
   
Tujuan

Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. 

Aktiviti
Peserta diberi taklimat mengenai buli siber di kalangan pengguna internet. Antara pengisian program ini adalah penerangan tentang tips pencegahan buli siber, panduan Hak Kebebasan Bersuara dan Akta Komunikasi Multimedia 1998. Sesi taklimat turut diselitkan dengan kuiz Klik Dengan Bijak.

Gambar di sini


AKTIVITI 2 : E-TUISYEN

Tarikh
: 15, 16, 22 & 23 Oktober 2022
Masa : 9.15 pagi - 5.45 petang
Lokasi
: PEDI Felda Mempaga 3
Peserta : 21 orang

   

Tujuan

Program E-tuisyen merupakan pembelajaran atas talian untuk membantu proses pendidikan yang lebih proaktif seiring dengan perkembangan dunia digital. Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk membantu meningkatkan prestasi akademik para pelajar. 

Aktiviti
Perlaksanaan E-tuisyen bagi bulan Oktober ini dijalankan secara atas talian di PEDI. Peserta diberi makluman ringkas tentang tatacara melayari pautan zoom yang disediakan. Peserta mengikuti kelas E-tuisyen yang dikendalikan oleh guru-guru yang bertauliah yang telah dilantik oleh pihak MSD.

Gambar di sini

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh 5 orang peserta yang merupakan usahawan PEDI Felda Mempaga 3. Tujuan kelas keusahawanan ini diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran usahawan tempatan supaya lebih maju dan berdaya saing dalam bidang teknologi maklumat. Serta membantu usahawan mahir menggunakan perisian, perkakasan dan melayari laman web.

Aktiviti
Para peserta mempelajari cara untuk menggunakan Microsoft Word untuk membuat Profail Perniagaan dan Surat Rasmi. Terdapat perserta kelas yang mempelajari cara untuk membuat caruman PERKESO kepada pekerja dan menggunakan perbankan internet Maybank2u..

Gambar di sini