CELIK IT

Nama : Nur Danisha Darvna Binti Mohd Faizal
Umur : 12 tahun
Ahli : 2023

Latar belakang

Danisha sering datang ke PEDI Felda Mempaga 3 untuk  menggunakan komputer dan perkhidmatan yang disediakan di PEDI. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

    • Sebelum mengikuti kelas di PEDI Felda Mempaga 3, beliau tidak mahir menggunakan perisian asas komputer.  

    • Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDI
  • Semenjak mendaftar menjadi ahli, beliau mula mengikuti kelas asas komputer di PEDI. Beliau turut mengikuti kelas e-Tuisyen online yang dianjurkan oleh PEDI pada setiap hari minggu. Kini beliau mahir menggunakan perkakasan, perisian asas komputer dan enjin carian Google. Selain itu, beliau juga aktif mengikuti kelas dan bengkel asas ICT yang dianjurkan di PEDI

    Asas dan kemahiran yang dipelajari di PEDI telah memudahkan beliau melaksanakan kelas pembelajaran secara online di rumah.

  

319830779 3320164031559461 7664325721142709337 n

 

USAHAWAN

Nama : Aslina Binti Ahmad
Umur : 41 tahun
Ahli : 2023

Latar belakang

Puan Aslina Binti Ahmad yang berumur 41 tahun merupakan suri rumah yang mula menceburi bidang perniagaan sejak beberapa tahun yang lalu bagi mengisi masa lapang dan menambah pendapatan keluarga.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Pada awal perniagaan ini, beliau menjalankan perniagaan secara offline kepada kenalan terdekat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Beliau mula mendaftar sebagai ahli Pusat Ekonomi Digital Felda Mempaga 3 dan  kerap pengunjungi PEDI untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan.

Dengan sokongan dan bimbingan petugas PEDI, beliau kini mahir menggunakan computer dan melayari laman web untuk urusan perniagaannya. Beliau mula aktif mempromosikan produk jualannya di atas talian melalui medium Facebook. Perniagaan beliau semakin berkembang dan permintaan daripada pelanggan kian bertambah.

320562101 552985526676710 476955789322496016 n

CELIK IT

Nama : Muhammad Afiq Naufal
Umur : 12 tahun
Ahli : 2022

Latar belakang

Muhammad Afiq Naufal sering datang ke PEDI Felda Mempaga 3 untuk  menggunakan komputer dan mengikuti kelas e-Tuisyen online. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

    • Sebelum mengikuti kelas di PEDI Felda Mempaga 3, beliau tidak mahir menggunakan perisian asas komputer.  

    • Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Semenjak mendaftar menjadi ahli, beliau mula mengikuti kelas asas komputer di PEDI. Beliau turut mengikuti kelas e-Tuisyen online yang dianjurkan oleh PEDI pada setiap hari minggu. Kini beliau mahir menggunakan perkakasan, perisian asas komputer dan enjin carian Google. Beliau juga sering mengikuti Bengkel ICT yang dijalankan di PEDI.

Asas dan kemahiran yang dipelajari di PEDI telah memudahkan beliau melaksanakan kelas pembelajaran secara online di rumah.

  320224076 675957090656216 1902161638681553293 n

CELIK IT

Nama : Nur Aleeya Qaleisya Binti Rosli
Umur : 12 tahun
Ahli : 2023

Latar belakang

Nur Aleeya Qaleisya Binti Rosli yang berumur 12 tahun merupakan pelajar Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Mempaga 2, Karak, Pahang Darul Makmur.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

    • Sebelum mengikuti kelas di Pusat Ekonomi Digital Felda Mempaga 3, beliau tidak mahir menggunakan perkakasan dan perisian komputer.

    • Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDI
  • Semenjak mula mendaftar menjadi ahli pada Januari 2023, beliau mula mengikuti kelas asas komputer dan e-pembelajaran di Pusat Ekonomi Digital. Dengan bantuan petugas PEDI, beliau kini sudah mahir menggunakan perkakasan dan perisian asas komputer. Beliau juga sering mengunjungi Pusat Ekonomi Digital untuk menyiapkan tugasan sekolah. Beliau kini mahir menggunakan perisian asas seperti Microsoft Power Point dan lain-lain. Beliau juga sering menggunakan Internet untuk belajar dengan menggunakan aplikasi pembelajaran interaktif atas talian.

  319809947 1129757617710913 2801975096968102680 n

 

USAHAWAN

Nama : Siti Noor Syafiqah Binti Mohd Fodzi
Umur : 22 tahun
Ahli : 2021

Latar belakang

Cik Siti Noor Syafiqah yang berumur 22 tahun baru sahaja menamatkan pengajian di peringkat Diploma. Beliau memulakan perniagaan Suprise Box sejak setahun yang lalu.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Pada awal perniagaan ini, beliau menjalankan perniagaan secara offline kepada kenalan terdekat sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Beliau mula mendaftar sebagai ahli Pusat Ekonomi Digital Felda Mempaga 3 dan  kerap pengunjungi Pusat Internet Komuniti Felda Mempaga 3 untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan di PEDI.

Dengan sokongan dan bimbingan petugas PEDI, beliau mula aktif mempromosikan produk jualannya di atas talian melalui medium Facebook dan Shopee. Perniagaan beliau semakin berkembang dan permintaan daripada pelanggan kian bertambah.

syafiqah